Tentang Kami

Majlis Daerah Kapit (MDK) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1955 serentak dengan penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri Sarawak.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kapit (MDK) merangkumi empat (4) buah daerah dimana Kapit yang bertindak sebagai Ibu Pejabat serta dua cawangan pejabat Majlis Daerah Kapit ialah Cawangan Song dan Cawangan Belaga.

Bahagian Kapit dibahagikan kepada empat (4) Daerah:

  • Daerah Kapit
  • Daerah Song
  • Daerah Belaga
  • Daerah Bukit Mabong

Dua (2) Daerah Kecil di Bahagian Kapit:

  • Daerah Kecil Nanga Merit
  • Daerah Kecil Sungai Asap

Keseluruhan Bahagian Kapit mempunyai keluasan sebanyak 38,934 km persegi.

Majlis Daerah Kapit melaksanakan kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan di bawah jagaannya menurut kuasa undang-undang yang termaktub di bawah Local Authority Ordinance dan undang-undang lain berkaitan serta Undang-Undang Kecil Majlis Tempatan (Council By-Laws) yang digubal dan termaktub dalam Ordinan yang sama.