picture

Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. PERTANYAAN MENGENAI KAUNTER MAJLIS DAERAH KAPIT

1.1       Bilakah Kaunter MDK Beroperasi?

Waktu Operasi :

·        Isnin – Khamis : 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari, 2.00 Petang – 3.00 Petang.

·        Jumaat: 8.00 Pagi – 11.30 Pagi, 2.15 Petang – 3.00 Petang.

 

1.2       Apakah jenis-jenis bil yang boleh dibayar di kaunter MDK?

1.      Bil-bil MDK

2.      Bil-bil cukai tafsiran

3.      Lesen Perniagaan

 

2. PERTANYAAN MENGENAI CUKAI TAKSIRAN

2.1       Apakah itu cukai taksiran?

Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan (Harta) yang terletak di dalam bidangkuasa Majlis. Cukai taksiran adalah merupakan satu sumber pendapatan utama bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hasil dari cukai taksiran digunakan untuk menyalurkan perkhidmatan kepada orang ramai khasnya penduduk-penduduk di kawasan Majlis.

 

2.2       Apakah jenis pegangan yang dikecualikan dari cukai taksiran?

Terdapat beberapa jenis pegangan yang dikecualikan dari cukai pegangan antaranya tempat ibadat, sekolah, kubur dan sebagainya.

 

2.3       Apakah jenis / klasifikasi cukai yang dikenakan oleh Majlis?

1.      Tujuan Am - Cukai hanya dikenakan ke atas semua pegangan bercukai yang berada di bawah kawasan kuasa tempatan Majlis.

2.      Penyelenggaraan Jalan - Cukai penyeleggaraan jalan akan hanya dikenakan terhadap pegangan bercukai, yang mana ia memperolehi keuntungan dari jalan, secara langsung atau tidak langsung, yang diselenggarakan oleh pihak Majlis.

3.      Pungutan Sampah - Cukai pungutan sampah hanya akan dikenakan terhadap pegangan bercukai apabila sampah dipunggut oleh atau bagi pihak Majlis dan di mana bayaran yang diberikan oleh pemilik untuk perkhidmatan tersebut adalah tidak dikawal oleh undang-undang kecil atau kontrak.

4.      Lampu Jalan - Cukai dikenakan ke atas pegangan bercukai yang terletak dengan lampu jalan yang terdekat.

5.      Levi - Levi ialah cukai yang dikenakan ke atas ladang kelapa sawit dalam kawasan bidangkuasa Majlis.

 

2.4       Bilakah tarikh akhir pembayaran cukai pintu?

Kawasan Bandar:         1/2 tahun pertama :30 Mei dan 1/2 tahun kedua :31 Oktober

Kawasan Luar Bandar:  Tahunan :31 Oktober

3. PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN BAGI LESEN KEDAI RUNCIT KAMPUNG

3.1    Bagaimanakah untuk membuat Permohonan Lesen Kedai Runcit Kampung?
Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kapit.
Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen    berikut :
1.    Surat dari Pemanca/ Penghulu/Ketua Kampung /Tuai Rumah /Pengrusi JKKK untuk mengesahkan permohonan itu adalah dari kampung tersebut. 
2.    Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
3.    Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini.
4.    Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
5.    Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan(House Assessment Bill).
6.    Pelan lokasi tempat berniaga.
Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada,
Setiausaha,
Majlis Daerah Kapit,
Jalan Kubu,
Peti Surat 57,
96800 Kapit.

3.2    Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen Kedai Runcit Kampung?
Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Kapit, berniaga kedai kampung tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

4. PERTANYAAN BERKENAAN PERMOHONAN BAGI LESEN GERAI MAKANAN, TEH DAN KOPI, BIR DAN MINUMAN KERAS SERTA LESEN-LESEN YANG LAIN.

4.1    Bagaimanakah untuk membuat permohonan lesen gerai makanan, teh dan kopi, bir dan minuman keras serta lesen-lesen yang lain?
Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Kapit.
Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

1.    Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2.    Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini (Tiga (3) keping gambar untuk permohonan Laundry). 
3.    Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
4.    Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan (House Assessment Bill).
5.    Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Premis atau 1 set salinan Surat Perjanjian (Tenancy Agreement) jika berkaitan.
6.    Pelan tapak dan lantai bangunan yang menunjukan Kehendak-Kehendak Kesihatan (Floor Layout Plan).
7.    Surat Sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Untuk Lesen LPG/Bahan-bahan Petroleum/Lodging House).
8.    Surat Sokongan daripada Pihak Polis.
9.    Surat Sokongan/Kelulusan daripada agensi berkenaan (Cth: Agensi Perjudian dan lain-lain.
10.    Pelan lokasi tempat berniaga.

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada,
Setiausaha
Majlis Daerah Kapit,
Jalan Kubu,
Peti Surat 57,
96800 Kapit.

4.2    Bilakah lesen akan tamat dan bagaimanakah pembaharuan Lesen boleh dibuat?
Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun dan mesti diperbaharui dalam tempoh 42 hari dari tarikh luput. Pembayaran lesen hendaklah dibuat di Kaunter Kutipan Pelbagai Hasil MDK.

4.3    Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen?
Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Kapit, mengendalikan gerai makanan, kedai teh dan kopi, bir dan minuman keras serta perniagaan-perniagaan yang lain tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

5. PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN UNTUK PERMIT MENGGANTUNG KAIN RENTANG

5.1    Bagaimana untuk memohon?
Semua permohonan untuk menggantung kain rentang harus diserahkan dan dialamatkan kepada :
Setiausaha,
Majlis Daerah Kapit,
Jalan Kubu,
Peti Surat 57,
96800 Kapit.
(Bahagian Penguatkuasaan).

Permohonan perlu disertakan dengan maklumat-maklumat seperti berikut :
1.    Tujuan dan tarikh menggantung kain rentang.
2.    Lokasi / tempat kain rentang akan digantung.
3.    Rekabentuk / saiz kain rentang.

5.2    Apakah syarat-syarat untuk pemberian Permit?
1.    Saiz kain rentang hendaklah bersesuaian.
2.    Iklan-iklan rokok, arak atau berunsur negatif tidak dibenarkan dipamer pada kain rentang.
3.    Kain rentang hanya boleh dipamerkan dua minggu sebelum acara dimulakan dan harus diturunkan tiga hari selepas itu.
4.    Kebenaran daripada pemilik bangunan mesti diperolehi terlebih dahulu.
5.    Kain rentang mesti diikat dengan sempurna dan tidak boleh dibiarkan dalam keadaan selekeh.
6.    Kain rentang tidak boleh digantung merentangi jalan raya.
7.    Kain rentang tidak boleh dipaku atau diikat pada pokok yang ditanam oleh Majlis di tepi jalan raya.

5.3    Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap kain rentang?
RM 15.00 untuk 1 meter persegi pertama dan RM 8.00 untuk 1 meter persegi yang seterusnya. Pemohon diminta untuk membayar deposit RM50.00 bagi memastikan semua syarat dipatuhi.

6. PERTANYAAN MENGENAI LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

6.1    Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Perpustakaan?
1.    Mentadbir dan menguruskan perpustakaan awam termasuk perpustakaan desa.
2.    Memproses dan menyediakan buku-buku perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan lain untuk dipinjam.
3.    Menguruskan permohonan untuk menjadi ahli perpustakaan.
4.    Mengemaskinikan rekod-rekod ahli serta inventori buku perpustakaan.
5.    Pengurusan buku-buku mengikut klasifikasi dan menyediakan katalog buku.
6.    Bertanggungjawab ke atas keselamatan buku dan kebersihan perpustakaan.
7.    Mengumpul dan mengkompil statistik yang berkaitan dengan pengendalian  perpustakaan.


6.2    Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kesihatan Awam?
1.    Bertanggungjawab keatas kesihatan dan alam sekitar dikawasan yang terletak dibawah bidangkuasanya seperti perkhidmatan kutipan sisa-sisa pepejal, kebersihan jalan raya dan lain-lain.
2.    Kawalan penyakit berjangkit seperti demam denggi dan lain-lain.
3.    Kawalan mutu dan keselamatan makanan di kawasan yang terletak di bawah bidangkuasa Majlis.
4.    Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan pasar dan tandas awam.
5.    Memproses permohonan pelbagai lesen perdanganan.
6.    Menyemak pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan.
7.    Menguatkuasakan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan kesihatan awam.

6.3    Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kerja Raya?
1.    Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
2.    Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan, seperti jalan raya, parit/longkang, jambatan, lampu jalan, taman rekreasi, bangunan-bangunan majlis.
3.    Mengurus dan memproses dokumen-dokumen tender dan perjanjian kontrak.
4.    Menguruskan permohonan kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan (occupation permit).
5.    Menyediakan laporan prestasi projek-projek pembangunan.

7. BAGAIMANA SAYA MENDAPAT KETERANGAN LEBIH LANJUT?

Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi kami :

MAJLIS DAERAH KAPIT.

Jalan Kubu,Peti Surat 57,

96800 Kapit,Sarawak, Malaysia.

Tel: 6084-796266

Fax: 6084-796323