Perutusan Setiausaha

 

Perutusan Setiausaha


                                                                          

Selamat Datang Ke Laman Web Majlis Daerah Kapit.

Lawatan anda ke laman web ini adalah amat bermakna dan dihargai. Pembinaan laman web ini adalah satu kesinambungan daripada sasaran kerajaan agar pencarian dan penyebaran maklumat dapat disampaikan dengan cepat melepasi sempadan benua. Pendedahan maklumat yang sebegini adalah sesuai dengan kewujudan Majlis Daerah Kapit sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menyalurkan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat setempat. Melalui ini, pelanggan akan mengetahui, memahami dan memudahkan urusan rasmi dari masa ke semasa. Ini kerana maklumat yang jelas akan melahirkan pelanggan yang bijak dan dinamik.

Oleh yang demikian, segala bentuk pandangan, teguran dan idea baru pengunjung laman web ini adalah amat dihargai dalam usaha memelihara dan mempermudahkan penyaluran perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat yang menerima maklumat yang benar dan tepat bakal melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ekoran pentingnya maklumat terkini, maka usaha penambahbaikan dan pengemaskini maklumat akan dilakukan secara berterusan oleh Majlis sejajar dengan saranan Kementerian Kerajaan Tempatan (MLG) dan Unit ICT di Jabatan Ketua Menteri.

Pengunjung yang budiman, terima kasih kerana meluangkan masa nenerokai laman web ini dan tahniah kepada kerajaan kerana menjadikan penyaluran maklumat melalui ICT adalah keutamaan dalam dunia sejagat.

Selamat melayari Laman Web Majlis Daerah Kapit.

 


Encik Kelimbik Anak Sibat
Pemangku Setiausaha
Majlis Daerah Kapit