Sebagai usaha memberi perkhdimataan yang cekap, tepat dan berkesan, kami warga kerja MAJLIS DAERAH KAPIT dengan penuh iltizam memberi jaminan akan:
1 |
Pemohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar/seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
|
2 |
Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlisdalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
|
3 |
"Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas penerimaan Borang F.
|
4 |
100% jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tempoh semasa.
|
5 |
Merancang program dan aktiviti perpustakaan secara tahunan dan dilaksanakan 100% pada tahun semasa.
|
6 |
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
|
7 |
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan 100% dalam tahun semasa. |
8 |
Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
|
9 |
Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 90 hari bekerja.
|
10 |
Semua bil cukai taksiran dihantar tiga (3) bulan sebelum tarikh akhir pembayaran yang diwartakan.
|
11 |
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
|
|