Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 


Banjir sekat laluan masuk ke Rumah Panjang Austin Ekau
Tarikh : 07 Sep 2020  Sumber Berita: astro AWANI
 

Banjir sekat laluan masuk ke Rumah Panjang Austin Ekau

JBPM Sarawak meninjau keadaan di sekitar Rumah panjang Austin Ekau yang dinaiki air. - Foto JBPM Sarawak
KAPIT: 230 penduduk melibatkan 29 pintu Rumah Panjang Austin Ekau, di Song terjejas apabila kawasan laluan masuk ke rumah berkenaan dilanda banjir sejak awal pagi tadi.
Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, hujan lebat sejak semalam mengakibatkan air melimpah masuk ke kawasan berkenaan.
“Setakat jam 2 petang hari ini, paras air di rumah panjang berkenaan pada paras 60 sentimeter dan menyebabkan jalan raya menuju ke rumah panjang berkenaan tidak dapat dilalui.
“Trend paras air pula telah menunjukkan penurunan sedikit berbanding pagi tadi”, jelas JPBM menerusi satu kenyataan media pada Isnin.
Keadaan di Rumah Panjang Austin Ekau, di Song terjejas akibat banjir. - Foto JBPM Sarawak
Keadaan di Rumah Panjang Austin Ekau, di Song terjejas akibat banjir. - Foto JBPM Sarawak
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya jam 3 petang tadi berkongsi maklumat mutakhir kawasan terjejas banjir di Kapit.
Kawasan berkenaan ialah Kampung Baru, Rumah Panjang John Anak Ramba Kampung Muhibah di Bleteh.
Selain Kapit, banjir turut melanda Daerah Kanowit melibatkan beberapa kawasan antaranya Pasar Kanowit, Rumah Panjang Salleh Ng Kabah dan Jalan Rantau Keminding.
Setakat jam 3 petang ini pembukaan pusat pemindahan mangsa banjir dilaporkan.