BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 


Kemaskini Pada: 19 Nov 2018
Versi 8.1.2
Peristiwa
Belaga Regatta 2018
 

BELAGA REGATTA 2018 SEBELUM INI DIKENALI DENGAN BELAGA RAINFOREST CHALLENGE MERUPAKAN ACARA DWITAHUNAN YANG DIADAKAN DI DAERAH BELAGA SARAWAK.PERBAGAI AKTIVITI SEPERTI LUMBA PERAHU KAYUH TRADISIONAL, BOT LAJU, PENTAS KEBUDAYAAN, SUKAN RAKYAT DAN GERAI JUALAN DIADAKAN.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena Regata Belaga 2018 sebelum ini dikenali Belaga Rainforest Challenge berlangsung pada 29 September 2018 depan di sini.

 Pemangku Pegawai Daerah Belaga, Juan Ubit berkata acara diadakan sekali dua tahun itu sejak 2012, 2014 dan 2016 bakaldirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 29 September.

 Manakala penutupannya dijangka disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada hari berikutnya.

 “Pelbagai aktiviti dirancang diadakan sempena penganjuran regata itu seperti pertandingan perahu berhias, sukan rakyat, sukan air, Belaga Rain Forest Challenge, gerai jualan, pondok berhias, acara kebudayaan, pembukaan kaunter jabatan kerajaan dan lain-lainnya.”

 Selain itu, pembukaan rasmi malam kebudayaan dicadangkan pada malam 27 September 2018 dijangka dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang dan ADUN Murum, Kennedy Chuk Pai.

 Katanya, penganjur menghantar permohonan kepada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memasukkan aktiviti Regata Belaga ke dalam kalender pelancongan Sarawak supaya acara diadakan mendapat peruntukan daripada kerajaan.

 “Justeru, kepada peminat-peminat sukan air dari daerah- daerah lain seperti Baram dan sebagainya dijemput menyertai pertandingan perlumbaan bot menggunakan enjin pam,” katanya.

Sementara itu, peserta-peserta yang berminat boleh mendapat borang daripada urusetia di Pejabat Daerah Belaga, Telefon 086-461315/461339, atau daripada En. Bujang Bukoh (AJK Sukan Air) (013-8185594), AJK Bot Laju, Cr Abu Talip (014-8975744), AJK Kebudayaan, Hubong Uyo (019-4696099) dan gerai jualan, Shahrain Joos (010-5448954).


Tarikh: 27 - 30 Sept 2018
Tempat: Belaga Waterfront
Penganjur: Pejabat Daerah Belaga