BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 

Kemaskini Pada: 26 Sept 2017
Versi 8.0.2c
Pengumuman
Pengurangan Cukai Taksiran
Dipaparkan pada 01 Jul 2016

Berkuatkuasa 01 Januari 2016, pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah memutuskan pengurangan cukai taksiran ke atas semua pegangan kediaman sahaja bagi tahun 2016. Kadar pengurangan cukai ialah di antara 10% hingga 100%. Nilai pegangan tahun semasa yang termasuk dalam pengurangan cukai ialah di antara RM00.01 - RM700.00 sahaja. Jadual dan syarat pengurangan seperti yang dilampirkan di bawah :-

JADUAL DAN SYARAT-SYARAT PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN
(PEGANGAN KEDIAMAN SAHAJA)

(Berkuatkuasa 1.1.2016 sepertimana yang telah diluluskan oleh MMKN pada 31.3.2016)

CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN

(RM)

PERATUSAN PENGURANGAN

(%)

SYARAT-SYARAT PENGURANGAN

<=50.00

100

(Tiada pembayaran cukai taksiran dikenakan mulai 1 Januari 2016)

  1. Bagi Cukai Taksiran Tahun semasa (2016) yang telah dijelaskan oleh pembayar cukai, ianya hendaklah dikembalikan (refund) kepada pembayar cukai pada atau sebelum penghujung setengah tahun pertama 2016.
  2. MMKM juga memutuskan segala tunggakan cukai taksiran bagi pegangan yang dikenakan cukai taksiran RM50 setahun dan kebawah dihapuskan.

50.01-100.00

90

  1. Pengurangan cukai taksiran hanya layak untuk tahun semasa sahaja.
  2. Bagi Cukai Taksiran untuk setengah tahun pertama (2016) atau tahun semasa (2016) yang telah dijelaskan oleh pembayar cukai, cukai taksiran yang terlebih dibayar hendaklah dikreditkan ke bil cukai taksiran setengah tahun dedua (2016) atau dikredit dalam bil cukai taksiran tahun 2017.
  3. Bagi pembayar cukai taksiran yang diberi dikaun 90% sehingga 10% dalam jadual ini, mereka masih perlu menjelaskan segala tunggakan cukai taksiran bagi pegangan tersebut mengikut prosidur sedia ada termasuk denda lewat.

100.01-150.00

80

150.01-200.00

70

200.01-250.00

60

250.01-300.00

50

300.01-350.00

40

350.01-400.00

30

400.01-500.00

20

500.01-700.00

10

700.01 dan ke atas

Tiada pengurangan dan jumlah cukai taksiran sedia ada dikekalkan (status quo)

 Sumber: Kementerian Kerajaan Tempatan