BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 

Kemaskini Pada: 21 Jul 2017
Versi 8.0.2
Piagam PelangganPiagam Pelanggan

Sebagai usaha memberi perkhdimataan yang cekap, tepat dan berkesan, kami warga kerja MAJLIS DAERAH KAPIT dengan penuh iltizam memberi jaminan akan:

1 Memberi maklumbalas terhadap aduan yang realistik dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
2 Permohonan pelan bangunan yang lengkapnakan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
3 Pelan Bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
4 "Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas memenuhi syarat.
5 Pembayaran pesanan barang / kerja dan tuntutan akan dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebaik sahaja semua butiran pembayaran diterima.
6 Permohonan kutipan sisa pepejal yang baru akan diproses dalam masa lima (5) hari bekerja dalam kawasan perkhidmatan kutipan yang sedia ada.
7 Memastikan semua buku baru yang diperolehi siap diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh lima (5) bulan dari tarikh pembelian / perolehan.
8 Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
9 Permohonan lesen perniagaan hendaklah diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan.
10 Surat makluman keputusan permohonan lesen perniagaan akan dikeluarkan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja setelah diputuskan oleh Mesyuarat Penuh.
11 Semua pegangan berkadar kecuali rumah kediaman dan rumah kedai yang mempunyai “Occupation Permit” yang telah diukurperiksa akan dikemukakan ke Bahagian Penilaian dan Pengkadaran Kementerian dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh / tempoh pegangan tersebut dikukurperiksa.
12 Memastikan rumah kediaman dan rumah kedai yang mempunyai “Occupation Permit” diukurperiksa, dinilai dan dikeluarkan bil cukai taksiran dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh pengeluaran “Occupation Permit” (selaras dengan KFA).
13 Rumah panjang dan rumah kediaman yang dikenakan kadar tujuan am sahaja dikukurperiksa, dinilai dan dikeluarkan bil taksiran dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh ukurperiksa.
14 Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja setelah bermesyuarat.