BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 

Kemaskini Pada: 26 Sept 2017
Versi 8.0.2c
Perutusan WalikotaPerutusan Walikota

Bahawa yang sedia maklum, kita sedang berada di zaman maklumat, di mana ia telah mengubah corak kehidupan kita. Kemajuan di bidang teknologi maklumat telah mengubah cara kita berkomunikasi dan bekerja.  Penyebaran maklumat telah menjadi pantas, cekap dan tidak bersempadan.

Sebagai sebuah agensi Kerajaan Tempatan di Majlis Daerah Kapit, kami akan bersikap telus dengan penduduk dari segi peranan, fungsi, cadangan dan aktiviti.  Ketelusan tersebut akan mempromosikan hubungan yang baik dan mengelakkan salah faham berkenaan polisi dan cara bekerja Majlis.  Selain daripada memberi maklumat kepada orang ramai, laman wek Majlis Daerah Kapit ini juga bertindak sebagai saluran komunikasi dua (2) hala.  Orang ramai boleh menyatakan maklum balas dan pendapat mereka melalui laman Maklum Balas/Komen di dalam laman web kami ini.  Kami mengalu-alukan cadangan dan maklum balas yang membina sekiranya ada.

Adalah diharapkan laman web ini digunakan sebaiknya untuk orang ramai mengenali dengan lebih baik lagi pihak berkuasa tempatan.  Saya berharap laman web ini berinformatif kepada orang ramai dan dapat mengetahui Majlis Daerah Kapit dengan lebih baik lagi

Terima kasih.


CR. PHILIMON NUING

Walikota Majlis Daerah Kapit